Mereka...
Horey horey horey
Macam filem baru tu la hey
Tanpa ada aku....
Hey...hey...hey...
Semoga mereka terus horey..
Mereka...
Ha ha ha ha
Bergembira celebrate sama-sama
Tanpa ada saya
Ha ha ha ha
Semoga mereka terus bahagia
Mereka...
Wee wee wee
Ceria di hati
Tanpa diri ini
Wee wee wee
Semoga mereka berseri tiap hari
Mereka...
Hey...Ha...wee...
Santai di hujung waktu
Santai di hujung masa
Santai di hujung hari
Akan ada waktu,
Akan ada masa
Akan ada hari
Suatu ketika
Aku pula di cari - cari
Semoga diketika itu
Aku masih ber'hati'
Untuk memberi hati ini
Berkongsi rasa
Hey Ha Wee
Siapalah aku kini..
Khamis
Mereka....
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 24.5.12 0 kata hati
Jumaat
Tentang Dia
Dia itu
membuatkan aku selalu rindu
membuatkan aku rasa bahagia
membuatkan aku gelak ketawa
Dia itu
kadangkala aku hampa
kadangkala aku kecewa
kadangkala aku hiba
aku dan dia
aku suka dia
aku sayang dia
aku selalu rindu dia
Mungkinkah kelak...
dia itu cinta hatiku ?
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 28.1.11 0 kata hati
Khamis
Tentang Cinta
Apabila cinta menyapa
Langit gelap jadi bercahaya
Apabila cinta menjelma
Rasa rindu sering singgah di jiwa
Apabila cinta dekat dihati
Kasihnya menyelinap dalam mimpi
Apabila cinta di depan mata
Ibarat impian jadi nyata
Cintamu...menjadikan aku bahagia
Terima kasih kepada-Nya.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 6.1.11 0 kata hati
Label: cinta
Sabtu
lagi-lagi hati
lagi-lagi soal hati
rindu lah
sayang lah
cinta lah
lagi-lagi soal hati
perkara biasa
sebagai manusia normal
sebagai manusia punya rasa
lagi-lagi soal hati
aku tidak daya lagi
memang sungguh
aku rindu dia
namun apakan daya
aku tak mampu
untuk menyatakannya
pada empunya diri
kerana aku masih
terasa rendah diri
kerana aku masih
sedar siapalah diri ini
bukan insan yang menjadi
impian hatinya
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 25.9.10 0 kata hati
Label: Pendam
Serabut
Serabut...
Tiba-tiba disergah
Tanpa sebab
Serabut...
Tiba-tiba dikerah
Jangan emosi!
Sentak...
Sebulan dah lepas
Kini baru disoal
Pelik...
Sudah lepas
Tiba-tiba diperkata
Kecil
Kenapa tiba-tiba
Diperbesarkan?
Aku tak paham
Salah akukah
Silap akukah
Sehingga timbul
Salah faham begini
Perkara itu sudah berlalu!
Apa perlunya
Dibangkitkan semula
Kalau hanya membakar
Hati-hati yang tak mengerti
Hujung pangkalnya dan isi??
Oh tuhan,
Lindungi kami
Lindungi hati ini
Dari bersengketa lagi
Angkara perkara yang tak pasti
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 24.7.10 0 kata hati
Label: kecewa
Selasa
Semuanya di sini
Bait-bait kata
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 6.7.10 2 kata hati
Isnin
Terluka lagi
Sekali lagi...kerana kelekaan
Maka aku terluka lagi
Untuk kesekian kali
Aku leka dengan gelak ria
Aku leka dengan senyum manja
Aku leka dengan jeling menggoda
Dan
Gelak ria memberi bisa
Senyum manja membawa asa
Jeling menggoda mengarah tangisan mata
Hati berbelah
Kusampaikan melalui
Gambaran
Lukisan
Nyanyian
juga
Susunan bicara indah
Ada yang menegah
Tak cantik
Tak suka
Lalu aku tutup kembali
Aku simpan dalam hati
Aku simpan dalam jiwa
Tiada siapa yang sudi
Untuk mendengar lagi
Dan akhirnya
Aku tanggung sendiri
Tidakkah itu membuktikan
Aku memang sendiri??
Namun aku juga merinduinya...
Sendirian menanggungnya
Amat merinduinya
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 5.7.10 0 kata hati
Label: KDT
Selasa
Maafkan aku
Mampukah aku
Aku tak pasti
Tapi aku teringin benar
Untuk menghulurkan tangan
Mampukah aku
Aku tak pasti
Tapi aku teringin benar
Untuk melihat dia di puncak kemenangan
Patutkah aku mengundurkan diri
Waktu ini kala ini
Kerna aku sudah mula merasakan
Ketidakupayaan...
Inginku capai bintang di langit
Apakan daya tangan tak sampai
Maafkan aku...
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 18.5.10 0 kata hati
Label: hati
aku kasih I dan II
I
sayang dia
dalam hati
kasih dia
dalam jiwa
rindu dia
dalam mimpi
II
sayang Dia
selalu
kasih Dia
sentiasa
rindu Dia
tanpa henti
antara I dan II
I selalu dalam fikiran
II selalu insan alpa
I selalu kita risau
II sentiasa kita lupa
dan aku
sayang kasih serta rindu
hatiku menjerit
hatiku menyatakan
dalam diam
dalam laku
I adakah dia tahu?
II aku pasti Dia mengerti
Semoga II akan menyampaikan
suara hatiku kepada I
dan dengan itu
aku redha ketentuan II
tentang hidupku terhadap I
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 11.5.10 0 kata hati
Hidup nan percaya
Gelapnya hari
Kencangnya angin
Hebatnya dentuman petir
Daratan hilang
Lautan yang datang
Cerahnya mentari
Mula menyinari
Daratan kembali
Lautan surut semula jadi
Jalanan itu terus disusuri
Demi kelangsungan hidup
Demi sebuah harapan
Percayalah pada hati
Panas tidakkan kekal selamanya
Ada ketika hujan tetap tiba
Membasahi dataran nan kontang
Memberi semula kenyamanan
Percayalah pada hati
Tetaplah pada diri
Walaupun sesekali terpaksa akur
Bahawa kepercayaan itu sebenarnya
Telah pun luntur!
Ah...aku..antara hidup dan percaya.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 23.3.10 0 kata hati
Label: hati





